NEW YORK: Jawatankuasa Kemasukan Ahli Baharu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak dapat mencapai kata sepakat sama ada untuk menerima Palestin sebagai anggota penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perwakilan tetap Malta ke PBB memberitahu Agensi Anadolu.
"Tiada kata sepakat untuk mengesyorkan keahlian," kata Perwakilan Malta yang kini merupakan Presiden kepada Majlis Keselamatan PBB untuk bulan April, lapor Agensi Anadolu.
Kenyataan itu turut menyatakan Malta akan menyediakan satu laporan mengenai isu berkenaan dan mengagihkannya kepada ahli-ahli majlis.
Wakil Tetap Malta ke PBB Vanessa Frazier berkata kepada wartawan bahawa tiada masalah mengenai syarat keahlian, menunjukkan dua pertiga daripada jawatankuasa itu menyokong permohonan keahlian daripada Palestin.
Pada 2011, Palestin menghantar permohonan untuk menjadi anggota penuh PBB tetapi gagal mendapatkan sokongan yang diperlukan daripada ahli Majlis Keselamatan.
Bagaimanapun, wakil Palestin di PBB Riyad Mansour mengumumkan pada 2 April beliau telah menghantar sepucuk surat kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres memohon supaya permohonan keahlian mereka dipertimbangkan.
Pada 3 April, Gutteres menulis surat kepada Majlis Keselamatan PBB supaya mempertimbangkan permintaan Palestin.
Proses untuk menerima ahli baharu PBB telah bermula di Majlis Keselamatan. Selepas perbincangan, majlis dijangka merujuk perkara ini kepada Jawatankuasa bagi Kemasukan Ahli Baharu.
Sekiranya jawatankuasa itu memberikan respons positif, Majlis Keselamatan PBB perlu mengundi, tanpa anggota tetapnya menggunakan kuasa veto dan sekurang-kurangnya sembilan daripada 15 anggota mengundi menyokong kepada satu keputusan positif.
Jika majlis itu meluluskannya, perkara itu akan dirujuk kepada Perhimpunan Agung PBB. Kelulusan keahlian memerlukan undi majoriti dua pertiga daripada 193 ahli PBB.
Sejak 1974, Palestin menyertai PBB sebagai pemerhati.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 12 2024
Perwakilan Malta akan menyediakan satu laporan mengenai isu berkenaan dan mengagihkannya kepada ahli-ahli majlis. - Gambar fail
Kasino di Forest City: 'Tuduhan jahat cuba gagalkan pembangunan SFZ'
Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia juga dilihat mengulangi persepsi negatif berbentuk hasutan dan fitnah yang ditimbulkan pihak tertentu kepada Forest City pada tahun 2018.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Dua kakitangan KKM cedera, pacuan empat roda terbabas di lebuh raya
Kemalangan berlaku kira-kira satu kilometer daripada lokasi sebuah bas terbabas menyebabkan 41 penumpang dan pemandu cedera, semalam.
Eulogi mendiang Mutang Tagal sentuh jiwa ramai
Ucapan memperingati kebaikan dan keperibadian Mutang yang disampaikan tiga orang anak dan adik mendiang membuatkan ramai yang menitiskan air mata.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Pada 9.01 pagi, ringgit merosot kepada 4.7420/7465 berbanding dolar AS daripada 4.7385/7410 pada Jumaat lepas.
Kapal perang TCG Kinaliada milik Turki singgah Malaysia
Dalam pelayaran ke Jepun, Malaysia menjadi negara ketujuh yang menjadi persinggahan TCG Kinaliada.
Wanita 'posing cantik' di jalan rosak
Ummu Hani turut menjelaskan bahawa jalan yang rosak itu merupakan jalan penghubung yang sangat penting buat penduduk di kawasan berkenaan.
Bibik 'sakit jantung' tengok bil elektrik melambung
Video berdurasi 20 saat yang dimuat naik di laman sosial, TikTok milik @Alyaninazirah, telah tular dan menjadi bualan ramai.
Mayat kru kapal warga Malaysia jatuh laut ditemukan di perairan Bangladesh
Buat masa ini, mayat mangsa masih berada di Bangladesh untuk proses bedah siasat.
PM Anwar akan bertemu 30 pemimpin industri, ketua negara semasa lawatan rasmi
Secara kebetulan, tahun ini merupakan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia dan Qatar, yang bermula sejak 1974.
Anwar, Kishida gesa pembaharuan PBB, Majlis Keselamatan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Jepun Fumio Kishida menegaskan semula bahawa PBB perlu segera membuat pembaharuan.
Lubnan gesa 'pakej komprehensif' untuk laksanakan Resolusi 1701 PBB
Menteri Luar Lubnan Abdullah Bou Habib pada Jumaat menggesa "pakej komprehensif" untuk melaksanakan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk pengunduran Israel dari
Majlis Keselamatan PBB bersidang Jumaat, bincang ketegangan memuncak di Tebing Barat
Pertemuan itu dikemukakan oleh Emiriah Arab Bersatu dan majlis yang dianggotai 15 ahli itu akan bertemu dalam sesi mesyuarat tertutup.
Switzerland ganti Rusia ketuai Majlis Keselamatan PBB mulai 1 Mei
Switzerland menggantikan Rusia sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama sebulan mulai 1 Mei.
Tiada siapa ada hak guna veto dalam isu babitkan nasib rakyat Palestin - China
Wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Zhang Jun, menekankan pentingnya untuk menegakkan keadilan dan hak Palestin.
UNGA ke-77: Rusia lancar perang hibrid menentang 'musuh khayalan' - EU
Ia menggabungkan antara perang senjata dan pembohongan kononnya keselamatan Rusia terancam selama bertahun-tahun, kata Michel.
Rusia veto resolusi Majlis Keselamatan PBB
Pengundian berakhir dengan keputusan 11-1 kecuali China, India dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak mengundi.
PBB perlu direformasi ikut realiti semasa - Modi
Perdana Menteri India, Narendra Modi menggesa supaya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) diperbaiki dan direformasi.
PBB jangan diam diri isu Rohingya - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan PBB yang mendiam diri menunjukkan badan itu gagal memenuhi tujuan penubuhannya.
China bantah campur tangan tentera di Venezuela
China berpendapat bahawa semua negara harus mematuhi prinsip asas undang-undang antarabangsa dan hubungan antarabangsa, menentang campur tangan asing dalam urusan dalaman Venezuela.